Bro Lans cakap pada Kak Az buat sahaja tahlil di surau tu sebab lebih berkat dan surau pun punya kemudahan serta ruang yang lebih luas. Kak Az dgn adik dia Teh yang masak lauk untuk jamuan tahlil ini.
Sebelum solat maghrib, imam Ustaz Ismail memaklumkan jemaah selepas solat sunat maghrib "kita ada baca Yasin, kemudian tahlil arwah & sesudah isyak jamuan dan mesyuarat surau".
Terima kasih kepada jemaah yang menolong, mengemas, membasuh bekas makanan, menyusun meja dsb seperti Hj.Ismail JKKP, Nawi JPA, jiran2 A1 seperti Yusri, Ust.Sharudin Bank Islam, Abg Mans serta M***ki, Sdr.H**man dan lain jemaah yang BroLans tak ingat nama. Air teh 'o' campur pandan malam tu datang dari 'jauh', Bangladesh!...sebab disediakan oleh saudara Muhammad kita yang dari Bangladesh tu :-)
dinotis board surau Al-Furqan
(gambar diambil tanpa flash :-) )
Sdr.A***din dari JPK dan 'hos' BroLans.(wajah di'artist impression'kan)
BroLans ternampak dinotis board surau Presint 8
ada seorang Cikgu Roslan buat majlis baca Yasin & tahlil
Wassalam, terima kasih selamat beramal....dan SELAMAT HARI RAYA *hari ini 20 hb.Syawal 1428H*
No comments:
Post a Comment