Showing posts with label Kris. Show all posts
Showing posts with label Kris. Show all posts

Thursday, 1 November 2007

Ijat ganti tiub Kris Kapchai Ku@Presint 11. Rabu 31Okt'07

Motor Kris yang Abang Zul selalu bawa pergi surau tu dah pancit Ahad lepas.

Sticker 'Gila-gila Remaja' tu Abg yg lekat :-)

Di Putrajaya ni pula tak de bengkel motor! Bengkel motor yang paling 'dekat' samada di Dengkil, Serdang atau Kg.Bakar Bagindo Bangi (lalu ikut Presint 14) * ni dah pancit tak kuaso den nak nolak all the way from Putrajaya kesinun! *. So, kena panggil lah sapa2 datang baiki kat rumah!

Semasa pergi stesen Petronas tanya gadis2 yang bertugas dikaunter adakah siA*** ada kerja ke tidak hari tu pasal nak tanya nombor orang yang boleh tukar tiub motor. (A*** seorang Mat Motor jadik hal-ehwal motor ni tentu dia lebih maklum!). Diorang cakap A*** keluar kejap tapi "nombor orang 'tukar tiub motor bocor' ada tertulis di mesin pam angin sana tu". Lantas, BroLans pergi situ dan kat mesin pam angin tu ada 3 nombor handphone. Balik rumah BroLans cuba call nombor2 tadi. Nombor pertama call "toot toot toot" dan nombor kedua cakap dia tukar dua-puloh rengget (RM20)! *aduuuh, bukan RM15 ke? tanya hati ku. 'Simpan dalam perhatian"*.

Call si A*** yang kerja Petronas tadi, dia cakap kawan dia nama Ijat yang kerja dekat PICC boleh tukar RM15 sahaja. A*** msg nombor handphone Ijat dan Ijat boleh datang lepas office, "kita jumpa kat Petronas dulu nanti ikut abang pergi rumah". Ijat bukan lah mekanik motor tapi setakat menukar tiub motor tu dia kata dia boleh buat. Ijat cakap kalau kat highway ada yang kena RM25 atau pun RM100 untuk tukar tiub! Aiyoyo, apa cerita?Alhamdullillah masa BroLans study ulang-alik lalu kat Federal Highway & KESAS tak pernah kena camtu! Ada pun sekali tu pancit betul2 depan kedai motor...
Kalau sesiapa nak tukar tiub, ini nombor hp Ijat 012-255**** (hehe, maa'f, the last 4 digits tu kena email BroLans utk details ) :-)

Ijat nak terus main futsal kat Presint 9 lepas tukar tiub
Terima Kasih Ijat!