Moreh dikendalikan oleh Muhammad. Semasa bersurai berma'af-ma'afan.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Friday, 12 October 2007
Tarawikh ke 30. Khamis 11Okt'2007 bersamaan 29 Ramadhan 1428H
Rasa2nya tarawikh macam baru 2, 3 minggu bermula sudah sampai kemalam terakhir.
Ustaz Sha*** mengimami solat tarawikh, witir dan tahlil. Ustaz membaca ayat2 lazim.
Tahlil
Bersama Sdr.Shu*** (officemate lama)
Khemah moreh
Ustaz F***** & R*****
Pasar Ramadhan@Putrajaya Thursday 11 Oct'2007
Seperti biasa Pasar Ramadhan dihadapan MOF adalah satu2 nya tempat untuk membeli juadah berbuka. Banyak gerai dah tutup. Owner dah balik kampung.
Jumpa jiran
Pakcik Ha**** (baju putih ada name tag tergantung)
dan A*** (baju merah) officemate wife. Tak balik lagi diorang ni....
Labels:
Bazar Ramadhan,
Putrajaya,
Ramadhan
"The 'Ching' and I" Anak kucing manja@Madrasah Addiniah 11Oct'2007
This cute, 'manja' and nice looking kitten was immediately nicknamed 'Ching' (the short for 'Kucing', cat in Malay). Ching ran in between my legs while I was performing the afternoon prayers, sat on lap during tahiyat and climbed on to my shoulders during the doa. *Dah lama tak rasa kucing buat macam tu* It's been ages since cats did the things to me! No wonder blogger Roti Kacang Merah, cartoonist Zunar's wife is very fond of their 2 cats named Labu & Labi! :-)
'Ching' 'played' on by biting my fingers. When I was small (mum loves rearing cats) I would 'talk' to cats, kissed them (the clean ones,of course), sleep with cats, bathe them and bury them (when they are dead). Mum's cats were toilet-trained where they'd go to the 'edge' of toilet holes to 'do business'!
I scratched Ching's neck *cats love to be scratched that way*. No, I did not take Ching back although one of the inmates of the Addiniah ophanage said "brother, if you like you can take it back with you". Ummmph, probably Ching has an owner... Here are some pics of the "Ching and I".
Lawatan ke Rumah Anak2 Yatim Madrasah Addiniah,Bt.10,Jln.Cheras KL. Khamis 11hbOkt'07 / 29Ramadhan1428H
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Brother Lans bersama Kak Az telah berkesempatan berkunjung ke rumah anak2 yatim Madrasah Addiniah Bt.10, Jalan Cheras Kuala Lumpur (belakang masjid berhampiran Telekom) pada waktu tengah hari semalam *bukan untuk mengambil atau menengok anak angkat kah apa....:-)*
Mudir Ustaz Zakaria tiada. Ustaz Azmi menunjukkan rumah Sdr.Muhyudin, anak Mudir.
BroLans sempat bersolat zohor disurau madrasah. Terdapat keratan akhbar aktiviti madrasah,Mudir bersama pelajar hafiz Champa dsb.
Kelihatan dinding batu-bata yang belum dilepa
Bangunan coklat asrama pelajar
Ketika solat ada anak kuching jinak bermain2 dicelah kaki BroLans, semasa berdoa 'Ching' (BroLans suka panggil kucing dgn nama 'Ching',singkatan 'Kucing') naik bahu BroLans.
Sebelum pulang sempat bertemu beberapa pelajar hafiz yang masih belum balik kampong beraya. Kak Az sempat beri duit raya...Menurut Sdr.Muhyudin ramai pelajar telah pulang kekampong di Terengganu *pelajar pun tak ramai sekitar 26 orang atau lebih sahaja* yang tinggal pelajar-pelajar Champa. BroLans ingat nama seorang pelajar hafiz (pakai gamis putih) sama nama dgn arwah bapa mertua.
Kelihatan madrasah perlu banyak dana untuk memperelokkan kemudahan yang sediada.*Sekiranya ada pembaca sekelian yang ingin membuat amal jariah saham akhirat, ingin memberi sumbangan kepada madrasah sila email BroLans dan BroLans akan emailkan no.telefon bibit Sdr.Muhyudin anak Mudir tadi.
Wednesday, 10 October 2007
Tarawikh@Masjid Putra Selasa 9Okt07 bersamaan 26Ramadhan 1428H
Menuju Masjid Putra
Selesai solat tarawikh
Bertemu rakan arkitek Nik M**** ketika beratur bersalam selepas solat tarawikh. Kami bermoreh bubur kacang bersama.
Nik memaklumkan bahawa rakan arkitek JKR Hashim Salleh yang bertugas di JKR Sabah sudah seminggu meninggal dunia (my ex-course mate dulu) ...Innalillah...Al-Fatihah
Esok ramai rakan2 East Coast akan pulang kekampong halaman seperti Nik M**** , Prince Tengku A***** dan Ustaz Syu***,jiran depan rumah. Bermaaf-maafan dgn Nik yang esok akan kelik Machae (Machang). Semalam Prince msg dia akan kelik Kuala Krai Rabu malam Khamis 10 malam. Ustaz Syu*** memaklumkan beliau kelik Pasir Mas. Walau apa pun, diucapkan kepada mereka yang nok kelik ka(m)pong, semoga selamat sampai ke destinasi masing2 & berbahagia dengan keluarga, rakan taulan serta orang tercinta. Eratkan silaturrahim di Aidilfitri ini. Wassalam.
Labels:
Masjid Putra,
Putrajaya,
Ramadhan
Ceramah Ustaz Zamri IKIM@Surau Al-Furqan 26Ramadhan1428H bersamaan 8 Okt'2007
Ustaz Zamri Zainal Abidin IKIM @ lebih tepat lagi DJ radio IKIM bertandang ke Surau Al-Furqan Presint 11 untuk berceramah didalam siri Ceramah Mingguan Ramadhan surau. Ceramah diadakan selepas solat tarawikh 8 rakaat. (Solat tarawikh diimami Ustaz Amin, guru yang berasal dari Kedah, telah mengimami sejak malam pertama).
Ceramah dipengerusikan oleh Pengerusi Surau Ustaz Zam***. Ceramah tamat sekitar 10.05mlm dan disambung solat witir, tahlil dan moreh. Wsalam & Selamat Beramal.
Penceramah Ustaz Zamri.MC Ustaz Zam***
Ustaz Zamri
Bersama Ustaz Z**** (berkopiah)
Selepas ceramah.Disambung dgn solat witir dan tahlil.
Moreh:Ustaz Zamri, K****** (terlindung) & Ustaz Zam***(baju biru)
Ceramah dipengerusikan oleh Pengerusi Surau Ustaz Zam***. Ceramah tamat sekitar 10.05mlm dan disambung solat witir, tahlil dan moreh. Wsalam & Selamat Beramal.
Labels:
Ceramah,
Precinct 11,
Ramadhan,
Surau Al-Furqan
Monday, 8 October 2007
Tarawikh Sabtu 6 Okt'07 / 23Ramadhan1428H
Sudah masuk Ramadan ke 24, solat tarawikh ke 25.
Ustaz Z** JAKIM mengimami solat tarawikh & witir malam tu.
Jam 10.00 sudah sampai 8 rakaat (sebab isyak pun awal...)
sesudah tarawikh
tahlil
moreh:Ustaz I*****(kiri),R***** & A***
moreh:Ustaz Z***** baju putih berserban
Labels:
Precinct 11,
Putrajaya,
Ramadhan,
Surau Al-Furqan
Sunday, 7 October 2007
Pencarian Baju Melayu@Bangi Sabtu 6 Okt07
Sabtu ini, 6 Okt'07 bersamaan 24 Ramadhan 1428H ADALAH Sabtu terakhir bulan Ramadhan ini kerana...Aidil fitri dicatatkan didalam takwim disambut pada Sabtu depan (13 Okt'07). Rasa2nya Sabtu & Ahad ini ini adalah masa yang SESSUAI untuk membeli belah keperluan raya.
Baju Melayu Abang & Adik belum dibeli lagi. Lepas zohor BroLans dgn Abang & Adik ke Kompleks PKNS Bangi untuk mencari baju Melayu mereka. Bawa samping sekali untuk matching.Concept mesti kena! Di concourse Kompleks PKNS banyak pilihan yang cantik2, price ranges from the cheapest RM65 to RM129 something * uh! tak kuasa beli baju Melayu beratus2 sebab yang sediada masih ok, tapi sebab raya sepasang yang baru kira acceptable-lah!*
Masaalah2 ketika mencari baju melayu :-)
1)Warna sesuai dgn samping, harga ok, saiz tak ada. *badan 'S' pakai 'XL' (nampak mcm badut nanti) atau badan 'L' pakai 'S' mcm sarung nangka! Tolong-lah! Tak jadi beli baju tu*
2)Saiz ada, harga ok, warna tak sesuai (dengan samping). *Sorry, concept 'colour mesti matching'.Wajib! Tak payah beli unless nak buat collection tapi what for membazir. Biru aku dah melambak! Tak payah beli baju tu*
3) Warna tak sesuai, saiz tak sesuai, harga tak sesuai *out of the question! *
4) Warna sesuai, saiz sesuai, harga tak sesuai sikit!*ini boleh dipertimbangkan! Beli, dah penat round*
Dalam banyak2 baju kat butik & concourse PKNS tu tak satu pun yang berkenan, lalu kami masuk Supermarket Bintang. Baju brand Charlie RM89 sepasang boleh....laaah. Abang sepasang, BroLans sepasang. Adik punya tak de saiz....
Sambil tu sempat juga masa Abg & Adik round2 cari baju Melayu, BroLans register masuk peraduan menganyam ketupat.Ingatkan dgn org2 dewasa rupa2 nya dgn budak2!
Arrrgh..., masa atas pentas tu tak satu pun dapat dianyam *lupa pulak susur-galur anyaman ketupat, dah lah rebennya licin & bergulung2 pulak. !* Excuses ke?* Ingat nak buat ketupat sate. Ada antara peserta lain (5 peserta saja) dapat siapkan paling kurang 2. *Hehe, BroLans tak kisah kalah sebab dah lama tak anyam ketupat & lagi pun bila raya di Perak tak de ketupat2 ni pun... Anyway mungkin kalau guna daun kelapa BroLans no problem kot? Walaupun tewas dapat juga hadiah (mug PKNS),hehe!
Camne susur-galur ketupat ni?
Dapat juga PakCik ni hadiah :-)
DJ Mail yang announce ada last entry,
kalau tak, tak masuk puuuun :-)
Lantas kami ke Warta Bangi untuk mencari baju melayu Adik, masuk butik Z***** dan kedai2 sepanjang lantai Kompleks Warta. Jumpa kat kedai tepi escalator! Fuyoo, matching habis! Dapat juga colour cream utk dimatchingkan dgn samping cream *tapi budak ni boleh ke jaga warna terang2 camni?:-) * Ingat kan RM65,seperti tertera kat hanger, rupanya RM83, emmm....beli jugak...
Kemudian lari ke Alamanda untuk ke Ambank. Jumpa saudara H**** di gerai Orlando jual baju Melayu cap Orlando. Cantik2 baju & samping tapi RM100 above, tak beli, lagi pun abang dah beli tadi lah wahai brother ku...:-)
LELAKI INI dengan Brother H****
Saturday, 6 October 2007
Tarawikh & Ceramah Mingguan Ramadhan@Surau Al-Furqan Juma'at 5'Okt07
Ceramah bulanan Ramadhan selepas solat 8 rakaat oleh Ustaz Zamri Zakaria YPEIM bertajuk "Lailatul Qadar antara persiapan dan harapan".
Ceramah habis lebih kurang pukul 10.10mlm.
Solat witir & tahlil.
Moreh oleh Pesona Catering Hj.Z***** yg tadi buat jamuan berbuka di surau tadi anjuran Petronas & surau *tak pergi jamuan tadi*
Jumaat minggu depan ramai yang dah balik kampung...
Labels:
Precinct 11,
Putrajaya,
Ramadhan,
Surau Al-Furqan
Friday, 5 October 2007
Solat Juma'at@Surau Al_Furqan Presint 11 Juma'at5 Okt07
Bulan Ramadhan.
Hari panas terik.
Khutbah oleh Ustaz Zul.
Solat hajat selepas solat Juma'at.
Labels:
Precinct 11,
Putrajaya,
Ramadhan,
Surau Al-Furqan
Subscribe to:
Posts (Atom)