Sabtu ini, 6 Okt'07 bersamaan 24 Ramadhan 1428H ADALAH Sabtu terakhir bulan Ramadhan ini kerana...Aidil fitri dicatatkan didalam takwim disambut pada Sabtu depan (13 Okt'07). Rasa2nya Sabtu & Ahad ini ini adalah masa yang SESSUAI untuk membeli belah keperluan raya.
Baju Melayu Abang & Adik belum dibeli lagi. Lepas zohor BroLans dgn Abang & Adik ke Kompleks PKNS Bangi untuk mencari baju Melayu mereka. Bawa samping sekali untuk matching.Concept mesti kena! Di concourse Kompleks PKNS banyak pilihan yang cantik2, price ranges from the cheapest RM65 to RM129 something * uh! tak kuasa beli baju Melayu beratus2 sebab yang sediada masih ok, tapi sebab raya sepasang yang baru kira acceptable-lah!*
Masaalah2 ketika mencari baju melayu :-)
1)Warna sesuai dgn samping, harga ok, saiz tak ada. *badan 'S' pakai 'XL' (nampak mcm badut nanti) atau badan 'L' pakai 'S' mcm sarung nangka! Tolong-lah! Tak jadi beli baju tu*
2)Saiz ada, harga ok, warna tak sesuai (dengan samping). *Sorry, concept 'colour mesti matching'.Wajib! Tak payah beli unless nak buat collection tapi what for membazir. Biru aku dah melambak! Tak payah beli baju tu*
3) Warna tak sesuai, saiz tak sesuai, harga tak sesuai *out of the question! *
4) Warna sesuai, saiz sesuai, harga tak sesuai sikit!*ini boleh dipertimbangkan! Beli, dah penat round*
Dalam banyak2 baju kat butik & concourse PKNS tu tak satu pun yang berkenan, lalu kami masuk Supermarket Bintang. Baju brand Charlie RM89 sepasang boleh....laaah. Abang sepasang, BroLans sepasang. Adik punya tak de saiz....
Sambil tu sempat juga masa Abg & Adik round2 cari baju Melayu, BroLans register masuk peraduan menganyam ketupat.Ingatkan dgn org2 dewasa rupa2 nya dgn budak2!
Arrrgh..., masa atas pentas tu tak satu pun dapat dianyam *lupa pulak susur-galur anyaman ketupat, dah lah rebennya licin & bergulung2 pulak. !* Excuses ke?* Ingat nak buat ketupat sate. Ada antara peserta lain (5 peserta saja) dapat siapkan paling kurang 2. *Hehe, BroLans tak kisah kalah sebab dah lama tak anyam ketupat & lagi pun bila raya di Perak tak de ketupat2 ni pun... Anyway mungkin kalau guna daun kelapa BroLans no problem kot? Walaupun tewas dapat juga hadiah (mug PKNS),hehe!
Camne susur-galur ketupat ni?
Dapat juga PakCik ni hadiah :-)
DJ Mail yang announce ada last entry,
kalau tak, tak masuk puuuun :-)
Lantas kami ke Warta Bangi untuk mencari baju melayu Adik, masuk butik Z***** dan kedai2 sepanjang lantai Kompleks Warta. Jumpa kat kedai tepi escalator! Fuyoo, matching habis! Dapat juga colour cream utk dimatchingkan dgn samping cream *tapi budak ni boleh ke jaga warna terang2 camni?:-) * Ingat kan RM65,seperti tertera kat hanger, rupanya RM83, emmm....beli jugak...
Kemudian lari ke Alamanda untuk ke Ambank. Jumpa saudara H**** di gerai Orlando jual baju Melayu cap Orlando. Cantik2 baju & samping tapi RM100 above, tak beli, lagi pun abang dah beli tadi lah wahai brother ku...:-)
LELAKI INI dengan Brother H****
No comments:
Post a Comment