Showing posts with label Perbadanan Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Perbadanan Putrajaya. Show all posts

Saturday, 22 December 2007

Eidul Adha.1428 Hijrah.

i) Maghrib.Rabu 19 Dis'07 (esok Raya Haji/Raya Haji eve)@Surau Al-Furqan, Presint 11 Putrajaya.
Cepat2 balik dari Bangi nak solat maghrib di Surau Al-Furqan Presint 11 sebab tak nak miss takbir raya secara berjemaah *maghrib ni dah mula takbir raya*. Surau tak ramai jemaah, mungkin ramai dah balik kampung.

Sdr.Az**.
Surau Al-Furqan Presint 11.



ii) Solat Raya Eidul Adha.Khamis 20 Dis'07 @Kuang Selangor Darul Ehsan.
Solat sunat Eidul Adha di Masjid Islahiah Bt.17 Kuang, bermula jam 8.10pagi. Pergi dgn Abg Zul & Adek. 7.45pagi dah sampai masjid.Tak ramai lagi jemaah waktu itu *kalau solat sunat Aidilfitri,15minit sebelum nak sembahyang raya masjid dah penuh,jemaah sampai ke luar masjid* .
Khutbah raya oleh Ustaz Zaz***, kenalan arwah Yaie budak2 ni.

AbangAdekPerutusan ringkas AJK masjid

Khutbah rayaKhutbah raya.
Jemaah baju & kopiah putih tu jiran satu jalan.

Selepas solat raya.
Ustaz Malek .
Keluar masjid


iii) Ziarah rumah Tok Din.
Rumah Tok Din, belakang rumah arwah Nenek aje. Dengan Tok Cu, Nek Cu dan Mak Long kami semua beraya ke rumah Tok Din yang sepelaung dari rumah arwah Nenek.

Meet Uncle Lans and ...

'Tok Cu' & 'Tok Din' (baju biru).'Puan Rumah' Nek Limoh (isteri Tok Din) disebelah kiri gambar.

iv) Ke pusara bonda di Lorong Beringin Batu 17.

Sekembali dari pusara Nenek budak2 ni.
MakLong, Tok Cu & Nek Cu ikut serta.


iv) Ke rumah Mak Ngah di Kuala Selangor.
Mak Long buat qurban di Kuala Selangor lantas kami kesana untuk menyaksikan ibadah qurban dilakukan.Oleh kerana kami dari pusara mak, acara penyembelihan sudah selesai jemaah sedang menikmati jamuan tengahari :-) Mak Ngah menyediakan ketupat, nasi impit, sup daging, rendang dan macam-macam lagi...

Kak Um*** & Abg Nas****
Kak Um*** & Abg Wa***
Adek dgn cousin Nab**. Abg & Tok Cu dibelakang.

v) BBQ @ rumah Kuang.
Malam tu keluarga Mak Ngah balik Kuang dan semua kaum-kerabat (Tok Cu, Mak Ngah & family, Pak Lang & family, Pak Uda & family, Mak Cu & Abg Za** & Pak Cu & family ) ber'BBQ ' daging qurban dibelakang rumah dekat garage arwah Yaie. *Gambar2 semua kaum-kerabat berBBQ tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu :-) *

Kak Um, Tok Cu, Adek, cousin Nab** & UcuAdek dgn cousin dia si Nab**



vi) Solat Juma'at di Masjid Putra,Putrajaya.
Masih lagi didalam suasana hari raya. Jemaah bertakbir raya. Syahdu...


Menyusuri pejabat PM ke Masjid Putra.

TPM pun ada.


SALAM AIDIL ADHA SEMUA!

Tuesday, 18 December 2007

Kem Remaja Gemilang Putrajaya 2007 .Part 2 (Masa Balik)@Wetland Putrajaya. Rabu 12 Dis'2007.

Ternyata program 3 hari 2 malam di Wetland itu menyeronokkan & memberi manafaat kepada Abang & Adek serta remaja2 yang menyertainya *kata budak duorang & rakan2 diorang-lah :-)*
Mereka dapat peluang bermain paintball *ada kah istilah Melayu perkataan ni?'Bola Lukisan'?haha!*
Mereka dapat ber'kayaking', tidor dalam khemah didalam hujan yang turun tiap2 malam, mendengar ceramah motivasi Dr.Fadzli@Abg.'Asmara Ini' serta dapat berkenal-kenalan dengan rakan2 baru (anak2 gadis serta anak2 teruna, hehe!...budak2 muda kaaan?) Fasi-fasi (fasilitator2 ) yang terdiri daripada abang2 pun ok *kata diorang-lah*

Sekali lagi terima kasih Perbadanan Putrajaya atas inisiatif yang baik ini.


Diorang tidur dalam khemah2 macam ni.
Abg kata khemah dia sebelah kiri tu,masuk sikit
Remaja2 dah ready nak balikMana Abang & Adek?
Mus dgn adeknya Zul dah siap nak balikAdek yang dah menunggu Abg & Adek pulak menunggu bapak diorangAbg & Adek bergambar sebelum balik
*Bangla kat belakang yg enter frame tu tengah tengok2 Abg & Adek, agak2 tengah carik 'anak' dia yg 'hilang' kat Malaysia dulu kot! Haha, adakah korang berdua anaknya yang hilang itu?"Meet Uncle Lans"
*tengah round kawasan Wetland tengok2 apa facilities yg ada

Monday, 10 December 2007

Kem Remaja Gemilang.Part 1 (Masa hantar)@Taman Wetland Putrajaya.Isnin 10 Dis'2007

Abg & Adek sudah hantar permohonan untuk turut serta Kem Remaja Gemilang Putrajaya 2007 selama 3 hari 2 malam anjuran Perbadanan Putrajaya ini. Kedua-dua daftar untuk kayaking. Antara rakan2 Abg & Adek yang turut serta adalah Mus & adeknya Zul (anak Ust.Zah***) dan Asyraf & adeknya.
Jumpa Muhsein/Mokhsein/Mohsen *tak tahu mana satu ejaan betul. AbgLans panggil 'Ochen' aje,hehe* (kerja Perbadanan Putrajaya) semasa hari pendaftaran. Semoga para peserta kem mendapat manafaat daripada aktiviti tersebut.

Terima kasih Perbadanan Putrajaya!


Abg & Adek baru sampai

Mendaftar & mendapat 'goody bag' t.shirt,sticker & banyak lagi.
Pemurah betul Perbadanan Putrajaya ni :-)


Mukhsin / Mokhsin (tak tahu mana satu ejaan yg betul) berbaju merah dgn rakan2 Perbadanan yang berkerja keras pada hari itu.Kiri sekali nama Ridz***.

Menuju bangunan pusat aktiviti

Ramainya remaja
*Eh,mana Abg & Adek? Dah 'hilang'...
Adek,Abang,adek Mus si Zul & MusMeet Uncle Lans
*hujan2 hantar Abg & Adek*