Tempat:Kawasan lapang hadapan Alamanda, belakang hentian bas (pernah menjadi litar go-kart sementara).
Jam 11.30pg-3.00ptg.
Bro Lans tak dapat nak cerita lebih2 sebab sampai pukul 1.45 ptg dgn Abg Zul sampai lepas zohor dan dah miss majlis perasmian YB menteri serta banyak persembahan. Bro Lans sampai semasa Deja Moss sedang mendendangkan lagu.
Deja Moss
Konsep gerai mengikut negeri di Malaysia.
Selangor negeri ku merah kuning 'membawa' gerai sate Kajang.
Punyalah panjang queue (beratur) hingga pukul 3ptg masih ramai yg beratur.
Malas nak beratur BroLans pergi gerai yg tak ramai orang.

BroLans pergi
first-first ke gerai '
Ganung', dapatlah nasi dagae (dagang) seciput dgn kuah ikan aya tinggal tulang & seredak! :-)

Kamek ke gerai
Serawak carik mi kolok, sik da. Kamek dapat laksa Serawak.

3 gerai Wilayah Persekutuan sebelah-menyebelah. Gerai nasi briani
Putrajaya punyalah ramai yg beratur.

Gerai2 negeri lain serta gerai air Milo ramai nya umat-umat yang beratur.

Char kuey tiow
Pineng (Penang) pun habis bila pergi kesitu, nasi kerabu & ketupak
Kelate pong doh habis. Gerai
KL menyediakan air (KL terlebih air, dah selalu banjir, hehe).
Melaka cucur udang & dodol,
Peghelih (Perlis) laksa Perlis,
Nogori Sombilan lomang & sup tulang,
Johor otak2,
Pahang sata dan keropok lekor,
Langkawi rojak buah.
Kedah mungkin sup
gear box &
Sabah mungkin mee rebus kot...tah lah Bro Lans tak ingat, tak ter
snap gambar...
Ketika Bro Lans sedang makan nasi dagae (dagang),
Mawi, Datuk Ahmad Jais, Ebi,Haziq & Heliza beramai2 naik kepantas untuk menyanyikan lagu raya 'Selamat Hari Raya' Datuk Ahmad Jais. Suroh Abg Zul jaga 'kosi' (kerusi) yang Bro Lans duduk sebab nanti orang ambik!
Rasa2nya ramai yang kepentas nak ambil gambar abang kita si Mawi tu dari dekat sebab diatas pentas tu abang kita tu taklah menyanyi sangat tapi asyik posing, betulkan specs hitam dia, melambai peminat depan, kiri & kanan!:-)
Walaubagaimana pun Mawi perlu ada lagu raya ori! yang ada irama padang pasir, tak mau nyanyian semula. *Gambar2 yg Bro Lans ambil untuk peminat2 Mawi :-) *

Kena pergi dekat pentas

Dekat lagi

Dekat dah. Baju Melayu Mawi dan Haziq sama colour. Satu butik ke bro?

Sempat posing

Sempat lambai

Toleh kiri

Mawi, yang segak berbaju Melayu,
melambai dari 'halaman rumah kampong dia'
Dari kerusi Bro Lans dapat dengar Datuk Yusni Hamid nyanyi lagu 'Aidilfitri' Fazidah Joned. Amelia & penyanyi kebudayaan pun menyanyi tetapi masa tu abang kau ni (Bro Lans) sedang menjamu selera dengan Ustaz Z****, tak sempat nak 'lari' kedepan tangkap gambar mereka (kalau tinggalkan kerusi alamat kerusi kena kebas orang,hehe!)

Ustaz Z**** dengan 2 org anak nya

Saudara Z**** (sama nama macam Ustaz atas ni) sekeluarga

berjumpa H****, lelaki Orlando Alamanda 
*Mase teman nak balik, Abg Zul singgah gerei (gerai) Peghak (Perak) , dapat le dema ketupat paleh (palas) & rendang tok. (*Sila baca dgn loghat Perak)
Posing depan gerai sate Kajang Selangor sebelum balik. Q
ueue yang masih panjang .Tak ambik sate pun sebab tak kuasa beratur & dah selalu makan,hehe!
TERIMA KASIH KEMENTERIAN PELANCONGAN!
SELAMAT HARI RAYA!