Monday, 29 October 2007

Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelancongan@Putrajaya. Sabtu 27 Okt'07

Tempat:Kawasan lapang hadapan Alamanda, belakang hentian bas (pernah menjadi litar go-kart sementara).
Jam 11.30pg-3.00ptg.

Bro Lans tak dapat nak cerita lebih2 sebab sampai pukul 1.45 ptg dgn Abg Zul sampai lepas zohor dan dah miss majlis perasmian YB menteri serta banyak persembahan. Bro Lans sampai semasa Deja Moss sedang mendendangkan lagu.


Deja Moss




Konsep gerai mengikut negeri di Malaysia.



Selangor negeri ku merah kuning 'membawa' gerai sate Kajang.



Punyalah panjang queue (beratur) hingga pukul 3ptg masih ramai yg beratur.

Malas nak beratur BroLans pergi gerai yg tak ramai orang.


BroLans pergi first-first ke gerai 'Ganung', dapatlah nasi dagae (dagang) seciput dgn kuah ikan aya tinggal tulang & seredak! :-)



Kamek ke gerai Serawak carik mi kolok, sik da. Kamek dapat laksa Serawak.

3 gerai Wilayah Persekutuan sebelah-menyebelah. Gerai nasi briani Putrajaya punyalah ramai yg beratur. Gerai2 negeri lain serta gerai air Milo ramai nya umat-umat yang beratur. Char kuey tiow Pineng (Penang) pun habis bila pergi kesitu, nasi kerabu & ketupak Kelate pong doh habis. Gerai KL menyediakan air (KL terlebih air, dah selalu banjir, hehe). Melaka cucur udang & dodol, Peghelih (Perlis) laksa Perlis, Nogori Sombilan lomang & sup tulang, Johor otak2, Pahang sata dan keropok lekor, Langkawi rojak buah. Kedah mungkin sup gear box & Sabah mungkin mee rebus kot...tah lah Bro Lans tak ingat, tak tersnap gambar...

Ketika Bro Lans sedang makan nasi dagae (dagang), Mawi, Datuk Ahmad Jais, Ebi,Haziq & Heliza beramai2 naik kepantas untuk menyanyikan lagu raya 'Selamat Hari Raya' Datuk Ahmad Jais. Suroh Abg Zul jaga 'kosi' (kerusi) yang Bro Lans duduk sebab nanti orang ambik!

Rasa2nya ramai yang kepentas nak ambil gambar abang kita si Mawi tu dari dekat sebab diatas pentas tu abang kita tu taklah menyanyi sangat tapi asyik posing, betulkan specs hitam dia, melambai peminat depan, kiri & kanan!:-)
Walaubagaimana pun Mawi perlu ada lagu raya ori! yang ada irama padang pasir, tak mau nyanyian semula. *Gambar2 yg Bro Lans ambil untuk peminat2 Mawi :-) *


Kena pergi dekat pentas


Dekat lagi


Dekat dah. Baju Melayu Mawi dan Haziq sama colour. Satu butik ke bro?


Sempat posing


Sempat lambai


Toleh kiri



Mawi, yang segak berbaju Melayu,

melambai dari 'halaman rumah kampong dia'



Dari kerusi Bro Lans dapat dengar Datuk Yusni Hamid nyanyi lagu 'Aidilfitri' Fazidah Joned. Amelia & penyanyi kebudayaan pun menyanyi tetapi masa tu abang kau ni (Bro Lans) sedang menjamu selera dengan Ustaz Z****, tak sempat nak 'lari' kedepan tangkap gambar mereka (kalau tinggalkan kerusi alamat kerusi kena kebas orang,hehe!)

Ustaz Z**** dengan 2 org anak nya


Saudara Z**** (sama nama macam Ustaz atas ni) sekeluarga


berjumpa H****, lelaki Orlando Alamanda

*Mase teman nak balik, Abg Zul singgah gerei (gerai) Peghak (Perak) , dapat le dema ketupat paleh (palas) & rendang tok. (*Sila baca dgn loghat Perak)



Posing depan gerai sate Kajang Selangor sebelum balik. Queue yang masih panjang .Tak ambik sate pun sebab tak kuasa beratur & dah selalu makan,hehe!

TERIMA KASIH KEMENTERIAN PELANCONGAN!

SELAMAT HARI RAYA!

3 comments:

Alam Setia said...

pegi beraya tak ajak ya...

Alam Setia said...

pegi beraya tak ajak ya...

Brother Lans said...

Bro Al,aslkum.How wuz your raya *soalan typical bila bersua disuasana hari raya :-) * Alaa, itu pun nyaris tak pegi pun.I sensed if I come later than 2.30pm there'll be no food left,hihi! Biasa lah public function...You pegi jugak kaaan? Wsalam
p/s Happening2 kat Putrajaya ni abg selalu 'ketinggalan' ERL!:-)