Showing posts with label Saudara. Show all posts
Showing posts with label Saudara. Show all posts

Thursday, 8 November 2007

Pergi Madrasah Rajaiyah & Jumpa Mamat@Kg.Baru.Rabu 7 Nov'07

Dari pusara di Jalan Ampang, BrotherLans ke Madrasah Rajaiyah Kampung Baru untuk solat zohor dan pulangkan buku Fiqh Islam yang arwah Babah pinjam dulu.Madrasah Rajaiyah lebih dikenali dengan nama 'Surau Jawa'. Lepas sembahyang kalau sempat singgah rumah Ucu Azam atau rumah saudara-mara disitu.



Madrasah Rajaiyah didalam peringkat renovation. Selepas selesai solat zohor jumpa Imam Hj.Mail. BrotherLans perkenalkan diri dgn menyebut nama arwah Babah (Imam kenal sangat arwah Babah, yelah arwah Babah 'Anak Jati Kampong Baru-kan) dan nyatakan hajat nak pulangkan buku Fiqh Islam itu.


Dari Madrasah Rajaiyah, BrotherLans terus ke rumah Ucu Azam.Ketuk dua -tiga kali no response *kerja kot*, beredar pergi tetapi teringat cousin Mamat yang buka cyber-cafe dekat2 situ. Pasal raya baru ni tak jumpa jadi BroLans buat surprise visit ke CC Mamat.

Happy dapat jumpa sedara

Terkejutz cousin aku tu :-) "Eh! Abang K*****! Ingatkan sapa tadi!"

Ramai budak2 yang habis sekolah pagi main game kat CC dia.Biasalah kanak2 riang:-)
Nak kata kacau si Mamat tengah kerja tak jugak pasal nampak boleh sembang sambil handle 'clients kecil' dia.

Sesi seterusnya sesi "catching up with the latest up-dates"-lah selama sejam tu...Dekat sejam jugak duduk kat sebelah kerusi dia tu, bersembang dari pasal belajar, kerja, pergi Jerman, ticketing dan bukak cybercafe!

Siapa lebih kacak antara dua cousin ini?
Cousin aku lebih kacak..sebab dia Jawa tulin!
*hehe,sorry ye Mamat!*

Mat, selamat berjaya!

Sunday, 4 November 2007

Sepupu Radhiah dan suami Sham*** datang rumah@Presint 11.Sabtu 3 Nov'07

Sepupu betul Brother Lans si Radhiah dan suami Sham*** datang bertandang kerumah dari rumah adik Sham, A****, jiran 3 rumah Brother Lans. Mak mertua Radhiah ada di Putrajaya ni tinggal dgn A****.
Cousin BroLans si Radhiah orang Kampong Baru KL sementara Sham orang 'Ganung'. Kami hidang biskut2 raya *ada lagi* dan air gas warna hijau :-)

Terima Kasih kerana singgah.
SALAM AIDILFITRI!




Husband & wife with youngest child.
Cerita2 dulu kat living area cousin betul
Di meja makan(g)