Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Monday, 12 November 2007

Majlis Doa Selamat Ustaz Muzaffar@Presint 11.Sabtu 10Nov'07.

Officemate Ahmad Muzaffar (BrotherLans sering memanggilnya 'Ustaz Muzafar') telah menjemput BrotherLans dgn text msg "Jemput dtg ke r(u)m(a)h saya m(a)l(a)m ni 10 nov lepas isyak di alamat no. xx jln p11 k/13 presint 11 putrajaya.Saya buat doa selamat sikit" ke Majlis Doa Selamat tanpa memberitahu tujuannya tetapi
telah dibalas dgn text msg BrotherLans " Ustaz akan ke Tanah Suci kan?"
...dan Ustaz Muzafar membalas dgn msg "InsyaAllah 13 nov ni"
Lepas solat isyak di Surau Al-Furqan, BrotherLans singgah ke rumah & bergegas kerumah beliau dibelakang sekolah Presint 11. Sesampainya disana tahlil sudah dipenghujungnya kerana Ustaz Muz membawa jemaah surau yang dekat rumah beliau. Ramai kenalan officemate yang datang seperti N*** atau 'Ayoh' Wie, Abang Roma, 'Mr'.Lily & family, 'Mr'.Masni & family, A**din, Zoo****mi, Kam** dan 'Syeikh' R**tam dari JTM.


MUZ, SELAMAT BERANGKAT KETANAH SUCI & SEMOGA DIBERKATI ALLAH PERJALANAN MU ITU SERTA DIKURNIAI HAJI MABRUR!


LabbaikkAllah hummalabbaik!




Tahlil Tuan rumah Ustaz Muzafar (baju Melayu kuning) Ayoh Wie (baju T kuning) mengambil air minuman Ayoh Wie berlalu pergi :-)Dgn 'Mr.Lili' (husband Lili) Sdr.R**lan, Abg.Roma & 'Mr.Lili' (Dari kiri) A**din, Z*****mi & R**lanLili (bercermin mata),Masni & 'Mr.Masni' sedang menyuap anak makanTetamu bermaafan sebelum beransur pulang

Jemputan Hari Raya Ustaz Sharudin@Presint 11.Sabtu 10Nov'07.

Saudara Sharudin (atau BrotherLans panggil 'Ustaz Sharuddin'), jiran 'satu jalan' *yang sentiasa manis tersenyum* telah menjemput jiran2 lain serta rakan kerja beliau dari Bank Islam ke jamuan raya pada hari Sabtu 10 Nov'07 dirumahnya yang terletak di'pintu masuk' jalan ke rumah2 kami.
(Jadi pada hari Sabtu itu ada 3 jemputan raya 'back to back' untuk BrotherLans;jemputan Hj.Carlos,Ir.Shaari & Ust.Sharudin serta majlis doa selamat Ustaz Muzafar (yang akan ke Mekah) malam nanti. BrotherLans 'gantung periuk' ke hari tu?nampak gaya sesungguhnya begitu :-)

*sile baca dengan(g) loghat Ganu(ng)
*Walaupung Ustaz orang Ganung, namung ambe dok jupo nasi dagang dengang kepok lekor. Ma'af Ustaz amba bergurau di Aidilfitri yang mulia ini...:-)


Terima kasih Ust.Sharudin & isteri.


SALAM AIDILFITRI.

Menuju rumah Ustaz SharudinAdik Ustaz (baju maroon) pun sibuk macang abang dia :-)Ustaz melayang tetamu2 Ustaz dengang Amba Amba pula dengang jirang Sdr.R*******

Ir.Shaari's Eidul Fitri's Open House @Precinct 16, Putrajaya.Saturday10 Nov'07

Former colleague from JKR HQ Ir.Shaari had sent a text msg inviting this 'old friend' to his Eidul Fitr's open house on Saturday (the 29th.Syawal 1428H) at his new residence in Precinct 16, Putrajaya.
Unlike any other 'open houses' which I had attended, his was ala 'garden party' where food, table and chairs were arranged amid the nice and beautiful greenery around his new residence. Met former engineer friend Anisah Saim who is now at the Selangor Public Works Department. Thank you to Mr & Mrs.Shaari (Puan Jamaliah) for a wonderful evening! Selamat Hari Raya! :-)





ala-garden party the hostess (in purple tudung) chatting with female guests.
Redza (in red shirt) enjoys the laksa :-) Ir.Shaari (in the middle of pic) chatting with guest
while these two Chinese ladies were enjoying the raya food :-)the host Ir.Shaari (left) and I

Majlis Sambutan Aidilfitri Hj.Carlos@A1/5 Presint 11 Putrajaya.Sabtu 10 Nov'07

Sabtu 10 Nov'07 merupakan 29 Syawal 1428H (the last day of Syawal?), oleh yang demikian ramai pihak mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka pada hari terakhir di bulan Syawal ini sempena Aidilfitri yang disambut sejak 13 Okt'07 lalu.
Hj.Carlos menjemput warga Presint 11 ke majlis sambutan Aidilfitri di taman rehat A1/5 dihadapan rumahnya Sabtu lepas. Satu peluang untuk bertemu jiran-tetangga untuk beramah-mesra. Terima Kasih Hj.Carlos :-) Salam Aidilfitri.


(dari kiri) Tuan rumah Hj.Carlos, BroLans (sudah di'artist impression'kan) & Hj.AwieTuan rumah menyediakan mee rebus

dibantu Saudara N**** (baju berkotak) & Hj.Awie (belakang berkopiah)suasana majlis sambutan aidilfitri dikawasan taman rehat A1/5dari jauhdari dekat Saudara Yus** (baju hijau) & Abg Zul (baju merah) mengambil BBQ kambing Sdr.N*** (berkopiah) & Hj.Musa jiran A2Bersama jiran A5 Saudara E**** (baju merah)

Friday, 9 November 2007

Hanafi 'Orang Jauh' datang beraya.Khamis 8 Nov'07

"Orang jauh" (jiran sebelah rumah aje :-) ) Saudara Hanafi, datang beraya rumah Presint 11 dengan isteri, anak kecil dia Sofia dan kakak dia lepas Isyak malam tadi. Adat lah kaaan, yang muda mengunjungi yang tua! :-)
Malam tadi 27 Syawal...Terima kasih Napi sekeluarga datang membawa berkat!
Saudara Napi & isteri dgn anak Sofia Puan rumah (wanita bertudung hitam)Tuan rumah,Kak Napi Lin & Napi
SELAMAT HARI RAYA.

Thursday, 8 November 2007

Solat Hajat, Doa Selamat, Ceramah Bulan Ust.Shamsudin Sidek@ Surau Al-Furqan Presint 11. Rabu 7 Nov'07

Malam tadi mulai maghrib, Surau Al-Furqan Presint 11 telah mengadakan program2 Solat Hajat, Doa Selamat, Ceramah Bulan oleh Ustaz Shamsudin Sidek bertajuk "Persedian Menunaikan Rukun Islan ke5" dan majlis sambutan AidilFitri serta meraikan bakal haji.





Ustaz Zam**, Pengerusi surau menjadi MC untuk program ini Ceramah Ustaz Shamsudin menggunakan LCD & skrin

Sedang mendengar ceramah. Sdr.N***** (kiri) dan Sdr.R*****


Jemaah menjamu selera disini.....dan menjamu selera disana

....dan menjamu selera disitu
*Sdr.Firdaus (kanan.berbaju Melayu biru,kopiah merah) antara 'subjek' yang kerap didalam gambar2 surau BroLans sebab beliau antara jemaah yang istiqamah datang surau*

....dan menjamu selera didepan ku. Sdr.Az**** (kiri) dgn Sdr Z***, satu office




Selamat Beramal.

Pergi Madrasah Rajaiyah & Jumpa Mamat@Kg.Baru.Rabu 7 Nov'07

Dari pusara di Jalan Ampang, BrotherLans ke Madrasah Rajaiyah Kampung Baru untuk solat zohor dan pulangkan buku Fiqh Islam yang arwah Babah pinjam dulu.Madrasah Rajaiyah lebih dikenali dengan nama 'Surau Jawa'. Lepas sembahyang kalau sempat singgah rumah Ucu Azam atau rumah saudara-mara disitu.



Madrasah Rajaiyah didalam peringkat renovation. Selepas selesai solat zohor jumpa Imam Hj.Mail. BrotherLans perkenalkan diri dgn menyebut nama arwah Babah (Imam kenal sangat arwah Babah, yelah arwah Babah 'Anak Jati Kampong Baru-kan) dan nyatakan hajat nak pulangkan buku Fiqh Islam itu.


Dari Madrasah Rajaiyah, BrotherLans terus ke rumah Ucu Azam.Ketuk dua -tiga kali no response *kerja kot*, beredar pergi tetapi teringat cousin Mamat yang buka cyber-cafe dekat2 situ. Pasal raya baru ni tak jumpa jadi BroLans buat surprise visit ke CC Mamat.

Happy dapat jumpa sedara

Terkejutz cousin aku tu :-) "Eh! Abang K*****! Ingatkan sapa tadi!"

Ramai budak2 yang habis sekolah pagi main game kat CC dia.Biasalah kanak2 riang:-)
Nak kata kacau si Mamat tengah kerja tak jugak pasal nampak boleh sembang sambil handle 'clients kecil' dia.

Sesi seterusnya sesi "catching up with the latest up-dates"-lah selama sejam tu...Dekat sejam jugak duduk kat sebelah kerusi dia tu, bersembang dari pasal belajar, kerja, pergi Jerman, ticketing dan bukak cybercafe!

Siapa lebih kacak antara dua cousin ini?
Cousin aku lebih kacak..sebab dia Jawa tulin!
*hehe,sorry ye Mamat!*

Mat, selamat berjaya!

Ke Makam Ayahanda@Jalan Ampang.Rabu.7 Nov'07 / 26Syawal 1428H.


Brother Lans ke makam ayahanda di Jalan Ampang Kuala Lumpur sebelum zohor. (Pusara ibunda pula di Kuang dan telah diziarahi sebelum ini) . Ketika menulis posting ini, Brother Lans teruja untuk menyusun baris-baris ayat begini dan begini, hingga menjadi puisi yang diberi tajuk...
SEKEMBALINYA AKU DARI SITU
Bertemankan cuaca nan redup
dibawah pepohon
yang masih kukuh berdiri,
sendiri ku ziarahi
makam ayahanda
di tanah perkuburan ini
sayup ku lontarkan suara ini
membaca kalimah suci
buat mereka
yang tiada.....


Disini bersemadi
Ayahanda,
Yaie dan Nyaie
Saudara ku jauh dan dekat
Bapa saudara ku Wak Amir & Lek Amat
Adik kecil ku Zahrin
serta saudara Islam yang lain.


Ku menyusuri juga pusara
Seniman Agung dan Biduan Negara
ku usir dedaun yang gugur
diatas pusara mereka
dan ku hadiah
kalimah Al-Fatehah


Ya Allah,
tempatkan mereka
di syurga Mu
itu.


Brother Lans
Putrajaya 7 Nov'07 / 25 Syawal 1428H
...sekembalinya aku dari situ


Monday, 5 November 2007

Majlis Doa Selamat d Hari Raya En.Yusak@Ahad 4 Nov'07

23 Okt'07 lepas (raya hari ke 11) En.Yusak (officemate yang sudah bersara) telah mengirimkan text msg menjemput ke majlis doa selamat serta open house pada hari Ahad 4 Nov 07 di rumah nya di Taman Sekamat Kajang. Majlis doa selamat bermula jam 10.30pg dan diikuti jamuan 'open house' raya sehingga 6ptg. SEMOGA EN.YUSAK DAN ISTERI SELAMAT PERGI DAN BALIK KE TANAH SUCI DAN SEMOGA IBADAH HAJI ITU DIBERKATI ALLAH SWT. Terima Kasih kepada En.Yusak sekeluarga kerana mengundang.



Tuan rumah, En.Yusak (berkopiah & baju Melayu), officemate lama

& rakan sebilik semasa ke German,Austria & Switzerland dulu "Kita ambik gambor lagi..."officemates lama En.Yusak & Hj.Jamain En.Yusak sedang berbual dgn seorang tetamu Sdr.R****, anak tuan rumah (baju kuning)Sdr.R**** (anak tuan rumah,baju kuning) mem'BBQ' kan ayam