Friday, 12 October 2007

Lawatan ke Rumah Anak2 Yatim Madrasah Addiniah,Bt.10,Jln.Cheras KL. Khamis 11hbOkt'07 / 29Ramadhan1428H


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Brother Lans bersama Kak Az telah berkesempatan berkunjung ke rumah anak2 yatim Madrasah Addiniah Bt.10, Jalan Cheras Kuala Lumpur (belakang masjid berhampiran Telekom) pada waktu tengah hari semalam *bukan untuk mengambil atau menengok anak angkat kah apa....:-)*
Mudir Ustaz Zakaria tiada. Ustaz Azmi menunjukkan rumah Sdr.Muhyudin, anak Mudir.

Sdr.Muhyudin, anak Mudir



BroLans sempat bersolat zohor disurau madrasah. Terdapat keratan akhbar aktiviti madrasah,Mudir bersama pelajar hafiz Champa dsb.

Blok surau & pentadbiran.
Kelihatan dinding batu-bata yang belum dilepa

Bangunan coklat asrama pelajar
Ketika solat ada anak kuching jinak bermain2 dicelah kaki BroLans, semasa berdoa 'Ching' (BroLans suka panggil kucing dgn nama 'Ching',singkatan 'Kucing') naik bahu BroLans.
Sebelum pulang sempat bertemu beberapa pelajar hafiz yang masih belum balik kampong beraya. Kak Az sempat beri duit raya...Menurut Sdr.Muhyudin ramai pelajar telah pulang kekampong di Terengganu *pelajar pun tak ramai sekitar 26 orang atau lebih sahaja* yang tinggal pelajar-pelajar Champa. BroLans ingat nama seorang pelajar hafiz (pakai gamis putih) sama nama dgn arwah bapa mertua.


Beberapa pelajar hafiz yang masih ada di asrama pelajar
Kelihatan madrasah perlu banyak dana untuk memperelokkan kemudahan yang sediada.*Sekiranya ada pembaca sekelian yang ingin membuat amal jariah saham akhirat, ingin memberi sumbangan kepada madrasah sila email BroLans dan BroLans akan emailkan no.telefon bibit Sdr.Muhyudin anak Mudir tadi.
Wassalam. Selamat beramal.

No comments: