Sebenarnya hari ini (15 hb.Ogos) nak pergi 2,3 tempat. Lepas hantar borang peraduan 'Saya Anak Malaysia' by-hand ke Pos Ofis Subang Jaya, BroLans nak ke Akademi Saga di Glenmarie untuk hantar borang soal-selidik/questionnaire dissertation BroLans kepada Haji M. BroLans ingat Akademi Saga dekat kawasan Daimler Chrysler, NTV7 dan kilang buat spare parts Proton rupa2nya dekat DRB Hicom, PanPac, EON tempat hantar servis kereta tu (yg on the way ke Subang Airport). Tak susah pun.
Disitu banyak kereta aeroback warna oren *nampak mcm aeroback* tak de plate number diparking kat parking utk orang awam *maknanya ada lagi model tu utk pasaran*
Staf Haji M iaitu Syed I yang ditemui memberitahu "Haji M tak de,dia ke pejabat JPK (pejabat BroLans) di Putrajaya". *Laaah,kalau tahu dia kesitu tak payah ke Glenmarie kununnya tapi tadi pun BroLans nak ke Subang Jaya jugak*
Sesudah explain pd Syed I lebih kurang tentang borang2 soal-selidik tu BroLans pun nak balik ke parking, teringat schoolmate Azam atau blogger Diamonddreamers yang keja Proton. Ingat2 nak jumpa dia sebab dalam blog nya dia sebut Proton akan launch Proton Persona. Jadi BroLans ingat dia ada disana & nak buat ala-ala surprise visit-lah. Lalu showroom dalam building tu mcm ada launching ke apa ke dan BroLans ingat entah2 si Azam ada disitu tapi yg lebih menarik perhatian (telinga actually) BroLans apabila dengar macam suara Mawi sedang mendendangkan lagu "Angan dan Sedar". Laaah, Mawi dijemput nyanyi launching Proton Persona, takde stage nyanyi dekat kereta tu. Ramai lah kerumun siMawi, sambil nyanyi ada peminat yg ambil gambar. BroLans pun (yg sentiasa bawa digital camera dan juga phone camera) mengambil peluang mengambil gambar saudara Mawi kita tu. (Banyak gambar gelap pasal tak cukup lighting camera ni!) First time tengok dia live nyanyi , walaupun guna minus-one tapi ok-lah, power (lagi pun duta Power Root kaaan? Memang ada Aura, nampak2nya orang suka dia, lambat lah pudar bintangnya :-)
Azam yang BroLans cari tak jumpa, yang terjumpa cousin BroLans bernama Rosli Johari orang Kg.Bharu Kuala Lumpur.Dia jadi salesman Proton rupanya. (Anak saudara Rosli ni kahwin dgn Wardina, yelah si Ikhwan husband Wardina tu anak kakak Rosli ni.Rosli ni cousin BroLans belah bapak jadi Ikhwan kena panggil BroLans "Uncle Lans, Pak Cik Lans atau kalau Jawa "Lek Lans bukan Wak Lans sebab BroLans lebih muda dpd mak si Ikhwan ni.)
Tak dapat peluang ambil gambar dgn Mawi sebab dia entah kemana lepas tu,tengah makan kot..(lagi pun malu lah macam budak2 muda tapi kalau jumpa Mawi tak ramai orang ok kot?:-) )
Kat luar bangunan tu masa nak balik jumpa 2 org kawan satu kursus Facilities Mgmt kat UiTM si M & Bob. Si M tanya kalau ada kamera nak masuk bergambar dgn Mawi. BroLans cakap ada. Sambil tu Si M minta contoh assignment sem lepas. BroLans cakap "tah kemana, housekeeping aku very poor!". Mood si M bertukar dengan jawapan BroLans dan tak jadi masuk bangunan showroom untuk ambil gambar dgn Mawi hihi.
Di parking lot jumpa balik cousin BroLans si Rosli & dia bagi brochure Persona dan suroh miss call. Masa dalam kereta buka radio keluar lagu Mawi tadi.
No comments:
Post a Comment