Thursday, 25 October 2007

Aidil Fitri 1428 Hijrah@Kuang Selangor Darul Ehsan_Baraan jemaah Surau Al-Falak Kuang.Sabtu 13 Okt'07

Abang Zul bersama Abg Lans mengikuti baraan raya (lawatan rumah ke rumah) jemaah Surau Al-Falak, Lorong Ros. Semasa arwah Yaie (datuk budak2 ni) ada, Yaie ikut jemaah Al-Falak sementara Abg Lans ikut rombongan masjid. Baraan kali ini ada 9 rumah semuanya. Bermula rumah Hj.Dahlan dan berakhir dengan rumah kami. Dapat berjumpa dan beraya dengan jiran-jiran rumah Kuang (setelah 2 Aidil fitri yang lepas beraya di Ipoh). Baraan dijalankan dengan suasana ukhwah dimana setiap ahli jemaah akan bersalam-salaman & saling bermaaf-maafan. Bacaan doa selamat ringkas akan dibaca disetiap rumah yang dikunjungi sebelum menjamu hidangan tuan rumah. Sebelum beransur pulang, wakil jemaah akan memberi sepatah dua kata mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah dan dikuti wakil tuan rumah memberi ucapan balas dengan mengucap syukur dan terima kasih dan sebagainya. Abg Lans sebagai anak lelaki sulong mewakili rumah kami.


Rumah Pertama: Hj.Dahlan.


Tuan rumah Hj.Dahlan (berserban), Raof anak tuan rumah (baju hijau) bekas pengurus kumpulan nasyid D'hearty dan Abg Lans. Abg Zul belakang (baju hitam) bercakap dgn Nuzul (classmate Reza, baju merah).


Rumah Hj.Dahlan.

Abg Lans & Raof posing cantek sehinggalah adik Raof (baju biru kopiah putih)
enter frame... :-)


Rumah Hj.Dahlan. Ustaz Malek (imam surau) dua dari kiri.
Tuan rumah memberi sepatah dua kata.



Rumah Saudara Hanafi.
Abg (bersongkok) duduk celah2 orang dewasa :-)



Rumah Saudara Jamil.



Rumah Akhir:Rumah kami...jemaah baru sampai.


Pak Uda (kopiah putih baju maroon) yang sampai dari TTDI lepas solat raya.
Nuzul & Saudara Raof.


Doa selamat

Selesai doa selamat.


Hidangan daripada tuan rumah.


Saudara Nordin (bapa si Nuzul, classmate Reza).



SALAM AIDILFITRI 1428 H

No comments: