Saturday, 27 October 2007

Jumpa Acit 'Teja' @ Ipoh.Selasa 16 Okt'07

Seperti biasa apabila balik Ipoh, BroLans berpeluang berjumpa Acit (bekas vokalis kumpulan rock 80'an Teja) pada setiap waktu solat 5 waktu di madrasah Kg.Kuala P*** H****, Ipoh. Tiap suboh BroLans selalu dikejutkan oleh suara azan saudara Acit ini ( rumah mertua pun 'sepelaung' aje daripada madrasah).
Teja adalah sebuah kumpulan rock 80'an yang popular dgn lagu hit 'Kau yang tak mengerti'. Setelah Teja dibubarkan, Acit duet dgn adiknya dengan kumpulan yang dinamakan 'Twins'. Lagi sorang rakan kampong ini yang 'fofuler' adalah Jinggo, husband pelakon Shiela Rusly. ..tahun ni tak sempat pulak beraya jumpa Jinggo...:-)

Nak 'kenangan lalu' sikit, dibawah ada lirik lagu "Kau Yang Tak Mengerti"....emmm, adakah Acit nak buat 'comeback' seperti Ustaz Akil Hayy? Hanya Allah sahaja yang tahu!:-)

SELAMAT HARI RAYA Acit! .
Acit 'Teja' Acit membaca taklim selepas solat isyak Bergambar dgn bekas artis Acit Teja :-)
Kau Yang Tak Mengerti ~ Teja
Sayangku sungguh pedihnya hati ini
Bila ku mengenang dirimu
Membuat diri aku terguris pilu
Bagai ditusuk sembilu pilu
*Kekasih engkau yang satu
Sumber ilhamku waktu dahulu
Dirimu amat kuperlu
Untuk mengisi kamar hatiku
**Masihkah kau berjauh diri
Dari sisi diriku ini
Kau pergi bukan kubenci
Kau yang tak mengerti
***Membuat ku cari-cari
Jalan manakah pun ku tak pasti
Dirimu tetap kunanti
Andai kau kembali
(ulang dari *,** & ***)
Apa yang kulukiskan dalam hatimu
Semuanya telah engkau sisihkan
...dan LELAKI INI pun pulang dari madrasah jam 8.45mlm


No comments: