Majlis Berbuka Puasa di Kementerian Sumber Manusia @Dewan Serbaguna, Blok D3, Kompleks D, Putrajaya. Rabu 3 Okt'2007 bersamaan 21 Ramadhan 1428Hijrah.
Sebelum berbuka ada tazkirah ringkas yang menarik oleh Ustadz Ahmad Dasuki Abd.Rani. *lama tak dengar ceramah Ustadz Dasuki sejak meninggalkan JKR. :-) *
Tazkirah Ustadz Ahmad Dasuki
Tumpang lalu...eh eh,dah start tazkirah baru sampai?:-)
Khusyuk mendengar tazkirah
Menteri Dato' Wira Fong Chan Onn turut hadir. Selepas azan, jemaah berbuka puasa dahulu dengan kurma, kuih lopis, pulut panggang dan bubur lambuk.
Berbuka secara sederhana
Solat maghrib berjemaah didalam dewan serbaguna dan kemudian jamuan nasi ditempat berbuka puasa tadi.
Solat tarawikh 8 rakaat dilakukan didalam dewan yang sama. Moreh disediakan. Majlis kali ini kelihatan dibuat secara sederhana. Majlis berakhir kira-kira jam 9.30 mlm. Terima kasih KSM. Wsalam.Selamat Beramal
Gambar2 dibawah diambil sebelum berbuka.
Kenal tak sesiapa?:-)
KP JPK mengambil gambar
No comments:
Post a Comment