Balik dari Shah Alam sempat singgah Pasar Ramadhan di Presint 2. Hujan renyai.
Tadi kat Shah Alam tak tergerak hati pun nak nyinggah Seksyen 2 ke mana2 ke untuk cari apa2 untuk berbuka.Ada kawan khabar makanan kat Seksyen 2 situ diorang jual mahal. Tak patut sebab yang duduk situ students PTA bukan PTS!
Ada orang kalis hujan.
Ala-ala carta lagu, Abg Lans ada "carta menu wajib berbuka". Buah kurma ditangga pertama. (Silo baco dengae loghat Kelate selepas ni, deh). Laksae Kelate kalu sejok taun2 sebelumnyo menu wajib, lo ni Abe Lae dok gian sangak nok makae doh sebab doh raso 2 kali, raso dio doh takdok doh serupo dulu...Oleh yang demikiae, laksae sudoh lamo tertubik "carta menu wajib ado waktu berbuko".
(Boleh baca ikut bahasa standard KL) Kuih lopez de squera atau kuih lopis masih tersenarai walaupun nyawa2 ikan. Ada yang jual 3 seringgit & ada yg jual 5 dua ringgit (40sen satu senang cakap). Yang 40sen satu tu kena ajar sikit, ni dah kira mahal yg lain jual 3 singgit! Saiz pun Abg Lans nampak sama rasa pun bukan sedap sgt...
Air kelapa & murtabak baru masuk carta 2,3 hari lepas dan air kelapa telah melonjak ke tangga kedua selepas buah kurma! Ayior nyior (kate oghang Peghak) hujan2 pun abang kau ni boleh beli 2 bungkus. Roti John U*** (yang ramai orang beratur nak beli tu, RM3.50 panjang, RM2 yg pendek) sekali masuk dah terkeluar carta berbuka puasa. Patut beli yg 2 ringgit pun cukup.
Abg Lans pun beratur belakang mek-mek ini...
Oklah, cakap pasal makan buat pe, tingkatkan amal dibulan puasa ni.
Wassalam Selamat Beramal.
membawa air kelapa, kuih lopis & roti John RM3.50 :-)
No comments:
Post a Comment