Tuesday, 2 October 2007

Pasar Ramadhan Presint 2, hari ke 19 Ramadhan_Isnin 1 Okt'07

Isnin 1 hb.Okt'07 bersamaan hari ke 19 Ramadhan 1428Hijrah. First day of the month 'orang2 gomen' pakai baju batik.

Jumpa U****, H**** dan W** dari Kementerian. (Oh lupa, si H**** dah tukar ke kementerian lain). U**** yang sebelumnya macam dah nak balik meninggalkan Pasar Ramadhan dgn mem dia tapi tiba2 muncul semasa BroLans jumpa H**** dan W**. (Ada benda yang teringat nak beli kot *baca ikut slang Kedah U**** yg pure). H**** cakap "ambik gambar pulak, saya pakai tak smart ni". W** yang maintain kacak, tak kisah pun...

U**** (batik kuning), H**** (berjaket) dan W** (baju merah)

BroLans saja kesini nak carik air kelapa, kuih 'lopez de squera' atau apa2 yg berkenan dihati. Tak terniat nak cari laksam pasal mama dia dah beli mi rebus. Berbuka jangan ikut nafsu...


BroLans tanya satu brother yang sedang queue kat gerai roti John yg ramai sangat orang beratur tu.

BrotherLans (pura2 blur) "ngapa orang ramai sangat beratur hah?Sedap sangat ke roti John dia?"

Brother tu "bancuhan dia special bang."

Queue ke gerai Roti John U***


BroLans tak sanggup nak beratur lama-lama pasal satu benda yang berukuran 12 inci! Lagi pun kuota untuk berbuka dah cukup. Kalau teringat sangat ada 2.3 gerai roti John lain yang tak de orang beratur. Teringat tahun lepas ada gerai "Roti John World" ambil sempena 'Mawi World' kot.Tahun ni tak nampak pulak... Dah bungkus kah business ni atau dah rebranding? Cikgu A** dari IKBN Miri yang singgah rumah masa tu BroLans sempat beli nak test try 'roti John World' sebelum balik Miri. *Tah apa cerita Cikgu A** ni, tak msg apa2 pun...*


Gambar2 untuk tatapan. Ada kenal sesiapa tak?


Wassalam. . Dah nak masuk hari ke10 akhir Ramadhan ni...

Selamat beramal Booth zakat fitrah ada dua orang amil bertugas

Gerai roti John 'Acu Rasa'.

Acu M***** yang duduk USJ tah dah merasa roti John ni atau tak.

Bubur lambuk Kg.Baru yang bukan dari Kg.Baru.

Resepi Kg.Baru tapi buatan Kajang

....dan LELAKI INI pulang melalui Jambatan Seri Wawasan

No comments: