To Surau Al-Furqan Precinct 11 Putrajaya
Cuaca hari tu memang panas.The weather was rather hot *elehhhh,jgn lah speku Abg baru balik dari Jerman dah komplen panas, stuffy memacam, ekekekekek! tapi, memang Jumaat hari tu Putrajaya panas semacam,kesan global warming kot!* :-)
Time nak solat Juma'at ni ter'flashback' teringat last week minggu lepas masih di Bremen Jerman, solat Jumaat di Masjid Al-Fadila Bremen Jerman.
*Ni kisah flashback*
Kebanyakan masjid Jerman asalnya adalah premis pejabat yg diubah-suai menjadi masjid & jemaah solat Jumaatnya 'orang2 itu juga'-maknanya kalau anda selalu kesitu, anda tahu jemaah yg sembahyang tu 'orang luar' atau 'the regular ones' :-) Khutbah dalam bahasa Arab walaupun ramai orang Turkiye, org2 Turkiye memang faham bahasa Arab. Brother Lans hanya faham semasa khutbah pertama & kedua ayat2 atau ungkapan2 lazim; contoh "Innallah hawamala ikatahu yusollu....(sambung sendiri-lah:-) ) Nampak gaya kena belajar Arab lepas nih atau tanya Ustaz Zaini JAKIM atau Ustaz Zamri IKIM,hehehe, apa2 istilah & frasa Arab yg lazim!
*Ni flashback lagi*
Lepas solat kat Masjid Al=Fadila, Abg suka makan 'rollo' (cebisan daging kambing yg disalai dgn potongan tomato,bawang yg dipotong/cincang diletak mayonis & lada, dibalut dgn roti Arab) & minum air teh Arab yg pekat gelas kecil. Harganya 3.50Euro. Ok-lah bantu2 perniagaan org Islam...Kemudian dapat berinteraksi berkenal-mesra dgn Imam2 masjid, saudara2 seIslam ku dari pelbagai bangsa seperti Saudara Yusof sekeluarga, Aziz, Imad org2 Lubnan, Rejab , Namli & Sonny Jerman Muslim, 'Bapak' Puji engineer dari Indonesia, Ahmad & Hj.Muhamad dari Afrika & ramai lagi...tapi Abg cakap Inggeris, diorang cakap Arab, Abg tak faham apa diorg cakap, diorg tak faham apa Abg cakap. Yg muda2 pulak 'terror' bahasa Inggeris :-)
*Berbalik kpd kisah solat Jumaat kat Putrajaya ni...
Surau di Putrajaya dah advance; khutbah Juma'at guna powerpoint. Ini satu kaedah pembelajaran yg hebat sebab antara kita ada yg 'auditory learners' dan ada juga yg 'visual learners';makna nya ada 'lebih masuk' apabila menggunakan pendengaran *dengar saja boleh masuk apa yg diajar* dan yg 'visual learners' pula perlu tengok carta, rajah utk lebih memahami & ingat sesuatu. Dgn ada khutbah powerpoint, rasa ngantuk boleh 'diketepikan' dgn membaca teks khutbah powerpoint pd skrin yg kat depan tu...Kat masjid Jerman tak de khutbah powerpoint2 nih...
Budak dah nak pegi sekolah agama kat surau.
Balik solat Jumaat kat Malaysia nih faham-lah 'keseluruhan' isi kandungan khutbah Jumaatnya...lepas solat jumpa rakan2 surau ada yg tanya (mana yg tahu kita pergi Jerman ) "Bila balik Jerman?" "hehehehe...pagi tadi pukul 5...."
Lepas solat Juma'at
*time kat gambar tu waktu Bremen Germany tak sempat tukar lagi,hehehe *kenangan kot*
Wassalam.
2 comments:
Salam. Ini yg dkatakan dunia IT. semua nyer canggih. Syukur dh slamat smpai. Best nyer bila smbhyang di germanykan rasa mcm smbhyang d Mekah coz bbagai bangsa
Dee aslkum.Pernah pegi Jerman ke?Ha'ah,bila dah bercampur reramai dgn bangsa lain baru kita 'sedar' Islam bukan utk org Melayu sajer...and you know where u stand in the name of religion...:-)
Post a Comment