Thursday, 4 January 2007

Kisah 1 di stesen minyak:"Mau cuci cermin ka?"

Kisah ni mungkin global. Perasan tak behaviour pump attendant minyak, kalau kita orang baru, first-first time pegi stesen dia, dia layan kita habis, "mau cuci cermin ka?" Siap cuci cermin depan belakang kereta kita. Tapi kalau dah kerap patronize stesen dia (ala-ala dah biasa muka kita, friendly sangat dgn dia,dah kenal nama dsbnya), sorry-lah, takdenye nak cuci2 cermin ke apa ke...hahaha! Setakat bagi salam dari jauh aje-lah (pasal Bangla selalunye Muslim). Time kita isi minyak dia buat-buat tak nampak, dia layan customer lain, haha :-) Tapi kalau itu lucky day kita, dapat lah cucian cermin,itu pun cermin depan, cermin belakang buat sendri.

Orang patutnya dah mesra mesti teruskan etika tersebut walaupun BroLans tahu cuci cermin ke apa ke bukan dalam job description pump attendant tadi. Strategi pemasaran kot? Tapi BroLans tak kisah, BroLans tak tunggu sapa nak dtg cuci ke apa ke.

Zaman pump attendant isi minyak driver hanya duduk dalam kereta dulu (sekarang dah jadik sejarah), pump attendant siap tanya nak check minyak hitam & air. Pump attendant Bangla hanya tahu 3 perkataan saja "Mera,Hijau,Brapah?"
'Merah' makna nya minyak merah 'leaded' ke, hijau 'unleaded' ke, 'brapah' tu berapa ringgit?
Abang2 Bangla ni cepat belajar cakap Melayu (sebab BroLans dpt tahu yg dtg Msia ni ramai yg cerdek, Degree & Diploma holders kat origin country dia) so ramai Bangla dah boleh speaking Melayu tak sampai sebulan duduk sini. Siap ada makwe local lagi sebab makwe local syok dgn Bollywood-kot (ehhh,...melalut kat situ pulak!)

Memang betullah cakap Mr.Cp (seorg trainer) "only 1st.time they'll greet you Encik and all, the 2nd.time u come they couldn't be bothered with u". BroLans setuju tu Mr.Cp....

Tapi kalau ikut pengalaman, kebanyakan petugas stesen minyak ni, pump attendant ke, cashier ke ape ke memang mesra pelanggan, bab cuci cermin ni yg diorang pilih2, takut org kata diorg buat tak sincere je :-)

No comments: