Friday, 5 January 2007

Kisah 2 di stesen minyak:"Siapa yg tak reti nak matikan enjin tu?"

Nak kata bodoh tak reti baca, pakai mcm org pandai2,kereta besor tapi parking kereta dekat pintu masuk kedai minyak tak matikan enjin pulak tu menghalang jalan!

Yang isi minyak tak tahu nak matikan enjin kereta pun satu!....urgh urgh urgh, kalau meletop stesen tu tak ke nyaya semua yg kat situ? Dah ada dah sign board, sticker suroh matikan enjin kereta ketika pam minyak! Rasa2nya itu dah jadi norma, kalau sampai tempat nak isi minyak, matikan enjin dulu, kemudian swipe ke, pegi ke cashier ke, nak pegi kencing ke, matikan enjin abang adik kakak pakcik makcik oii...

Yang park kereta tak tentu hala ni jenis yg arrogant & pentingkan diri sendiri. Dia nak door step service, turun kereta masok pintu kedai beli amende dia nak beli, kereta tak payah dimatikan. Yang patut sound org stesen minyak tu jugak patutnya.

BroLans pernah buat passing remark, sound openly kat cashier kedai minyak "sapa yg tak reti nak matikan enjin tu, kang meletop satu stesen ni baru tahu". Driver tu rasa2nya ada dekat2 situ dlm kedai time tu. Masa BroLans pegi dekat kereta yg tak dimatikan enjin tu, driver kereta tu dah ada dekat kereta tu pegang minyak hitam, tadi tengah beratur nak beli minyak hitam, agak2nya kereta tu kureng minyak hitam sampai tak boleh dimatikan kot ?

Petugas2 stesen minyak patut lebih peka dgn pelbagai situasi yg boleh memudaratkan tempat2 awam camni seperti merokok, menelefon & tak matikan enjin semasa isi minyak. Haha, ada satu kes anak nya yg sekolah rendah disuroh handle nozzle pam minyak isi minyak. Isy isy isy, kan dah ada sign ke apa ke budak2 tidak dibenarkan handle pam minyak? Lagi best anak bini dalam kereta dekat pam tak tutup enjin minyak tengah diisi, laki pegi kat dalam tengah nak bayar! Kalau terbakar satu kereta, apa macam?

Wahai org stesen minyak, ini territory anda, anda sound lah pemilik kenderaan yg buat perkara tak betul, yg boleh mengancam keselamatan....

No comments: