Thursday, 20 September 2007

Bazar Ramadhan @ Presint 2 Putrajaya 19Sept'07

Rabu 19Sept'07 dah seminggu berada di bulan yang mulia ini sejak Khamis 16Sept'07 lepas. Kemeriahan Ramadhan amat terasa, surau penuh dgn ahli ibadah masa tarawikh, kanak2 riang yang sentiasa riang memenuhi ruang tempat solat (yang sepatutnya org dewasa boleh sembahyang disitu) dan suara jemaah yang bertadarus selepas moreh.

Di Putrajaya ni satu-satunya Bazar Ramadhan yang ada hanya lah dekat MOF, dekat Jambatan Seri Wawasan itu (yang berupa bentuk Jambatan Pulau Pinang). Semalam punya lah sesak nak cari parkir (fuyoo, guna perkataan skema 'parkir'!). BroLans turunkan Mem dan BroLans cuba cari parkir. Sangkut masa lalu tempat parkir nak keluar balik.Plan A nak cari parkir, cari makanan ke apa dah perlu tukar Plan B. Dah susah parkir ni, bior Mem cari. Akhirnya Plan B, duduk kat dlm kereta tunggu Mem.
Biarkan 'Lelaki Ini' mencari parking kereta
....didalam senja nan merah

Bagi diri BroLans ada 'keharusan' (tiada perkataan ini didalam kamus Dewan!) untuk makan laksam (di pronounce lakse-kecek Klate molek sikit) time puasa. (Time2 puasa pulak nak makan laksam lepas puasa tak de selera langsung!hehe). Kat Bazar Ramadhan dekat MOF Presint 2 Putrajaya ni tahun lepas banyak gerai jual laksam tapi masa first day dah 2, 3 kali round, tak jumpa. Dah terhijab pandangan BroLans atau dah habis, tak tahu, yelah datang pun pukul 6 gitu...senja pun nan merah.
Dapak gok jupo laksae!
Selepas 4 hari baru jumpa. Harga lebih murah dpd tahun lepas, 'tiga amah' (that is 'One fifty' only!) tetapi sudah sikit isi kandungannya :-) "Dok kisoh, janji dapak makae lakse"!Ni gambar2 kat Bazar Ramadhan dekat MOF tu...dah 3,4 hari...usianya. Wassalam. Selamat Beramal :-)
Jiran ku si F**d (baju merah short sleeve) dgn famili.
Anak pompuan dia ala-ala Orkid filem 'Mukhsin'. Pesal orang beratur kat roti John ni?sedap sgt ke? BroLans kalau nak makan sayap ayam suka yg dekat Teluk Likas K.Kinabalu.
Baru ori...

No comments: